Jun 9, 2012

Tips Perniagaan - Harga , oleh Irfan Khairi

Assalam GFC. Kak sue kongsikan tips dari Mentor Jutawan terkenal - Irfan Khairi utk u all.
Satu masalah yang saya sering lihat di kalangan usahawan baru Malaysia adalah… segan letak harga :)
Contoh, bila bakal pelanggan tanya pada usahawan, harga untuk perkhidmatan, jawapannya “Takpe lah… sikit-sikit je. Berapa pun boleh…”. Apabila usahawan mempunyai produk baru untuk di jual, nak letak harga pun segan. Sehingga meletakkan harga pada paras yang minimum (lepas kos sahaja).
Adakah anda dikalangan mereka yang segan meletak harga apabila ditanya?
Soalan saya, agak-agaknya, kenapa begini? Kenapa masyarakat kita segan letak harga untuk produk & perkhidmatan kita? :)
Juga, macam mana nak hilangkan rasa segan silu tersebut oleh kerana segan letak harga sebenarnya akan memakan perniagaan sendiri.
 Menetapkan harga bagi produk anda adalah antara strategi terpenting dalam perniagaan. Terdapat 4 komponen dalam strategi pemasaran iaitu, Product, Place, Price dan Promotion.
Namun, seringkali HARGA (Price), tidak di ambil endah oleh peniaga. Kebanyakan akan mengambil keputusan meletakkan harga yang rendah untuk bersaing.
Perlu diingat bahawa, meletakkan harga yang rendah sememangnya boleh menarik pelanggan. Tetapi, ia juga menarik pesaing anda untuk turut merendahkan harga dan terjadinya perang harga.
Akibat perang harga, keuntungan akan berkurang. Ini mengakibatkan dana untuk promosi juga berkurangan. Dana untuk promosi adalah amat penting dalam mengembangkan sesuatu perniagaan. Merendahkan harga produk atau perkhidmatan anda akan meyukarkan proses mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan.
Daripada bersaing dengan mengurangkan harga, lebih efektif anda tambahkan nilai produk atau perkhidmatan anda… kemudian, duduk dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!
***
Untuk anda mendapatkan gambaran mengenai harga, berikut adalah cara mark-up yang biasa dilakukan dalam sesebuah perniagaan.
Pengilang mark-up harganya pada 15% daripada kos
Pemborong mark-up harganya 20% daripada kos
Penjual mark-up harganya 40% daripada kos
Penjual meletakkan mark-up 40% oleh kerana mereka adalah yang paling hampir dengan pembeli dan memerlukan perkhidmatan yang lebih untuk memenangi pembeli.
ps: Nota di atas khas untuk barangan melalui pengilang, namun, mark-up bergantung kepada produk juga.
***
4 strategi meletakkan harga dalam perniagaan. Berikut adalah strategi tersebut .
pricing.jpg
Premium Pricing
Merujuk kepada meletakkan produk atau perkhidmatan kita pada harga yang tinggi. Ini adalah strategi yang baik apabila produk dan perkhidmatan kita mempunyai keunikan yang tersendiri serta mempunyai daya saing yang hebat dibandingkan dengan pesaing.
Premium pricing adalah baik apabila ia boleh memberi tanggapan kualiti yang amat hebat. Dengan menggunakan premium pricing, marjin keuntungan adalah lebih tinggi, dan ini akan menambahkan keuntungan sesuatu perniagaan dan memudahkan promosi seterusnya mengembangkan perniagaan tersebut. Premium pricing seringkali menambahkan kekuatan jenama sesuatu perniagaan…
Contoh: Mercedes…
Penetration Pricing
Merujuk kepada srategi meletakkan harga rendah pada permulaan untuk mendapatkan pasaran yang lebih besar, kemudia secara perlahan-lahan menaikkan harga. Tujuan meletakkan pada harga yang rendah adalah untuk meramaikan pelanggan di sesuatu pasaran. Apabila telah mendapat market share yang tinggi, harga mula dinaikkan perlahan-lahan…
Contoh: Astro…
Economy Pricing
Favorite bagai ramai usahawan :) meletakkan pada harga yang rendah untuk bersaing. Untuk menggunakan kaedah ini, kos pemasaran serta pembinaan/manufacturing perlu di turunkan.
Contoh: Air Asia…
Price Skimming
Meletakkan pada harga tinggi pada awal-awal pelancaran oleh kerana mempunyai daya saingan yang hebat dan keunikan yang hebat. Kemudian, secara perlahan-lahan menurunkan harga. Dengan kaedah ini, usahawan dapat memaksimakan keuntungan perniagaan pada awal-awal pelancaran. Harga dan keuntungan yang tinggi pada awal-awal biasanya akan menarik pesaingan, dan untuk bersaing, harga diturunkan pula…
Contoh: Handphone…
4 strategi meletakkan harga di atas adalah asas kepada kaedah meletakkan harga bagi produk atau perkhidmatan anda. Lepas ni, kalau anda takde idea nak letak harga produk atau perkhidmatan anda, anda boleh rujuk kepada 4 strategi ini…
.. daripada 4 kaedah ini, kaedah mana yang saya paling suka. Jawapan saya: Premium Pricing:)
****
Dalam perniagaan, kalau tak sebut tentang harga, memang tak sah. Ramainya bila nak mulakan perniagaan akan fikir letakkan harga rendah… murah… jadi boleh bersaing. Tak salah strategi ini. Ada juga yang mengambil langkah yang lebih “berani” meletakkan harga tinggi untuk mendapat pasaran premium. Yang ni pun tak salah :)
Jika di tanya saya, strategi mana yang lebih menarik, jawapan saya pastinya pada meletakkan harga untuk pasaran premium :)
Nasihat saya, secara mudahnya, kita lihat terdapat 3 pasaran diluar sana…
  • Mereka berpendapatan rendah ATAU selalu inginkan bargain
    Golongan ini sering mencari produk dan perkhidmatan pada harga rendah. Dikatakan sebagai “bargain hunters”.
  • Mereka berpendapatan sederhana
    Mereka ni ditenagh-tengah pagar… quite flexible
  • Mereka berpendapatan tinggi ATAU selalu inginkan premium
    Mereka inginkan prestij, kualiti & premium. Tidak berapa risaukan harga tetapi selalu inginkan yang terbaik.
Dengan memahami golongan pasaran sebegini, pastinya kita tidak takut dalam meletakkan harga oleh kerana tak kira apa sahaja harga anda letakkan, pastinya ada pembeli. Namun sudah tentu produk dan perkhidmatan anda perlu mencerminkan harga yang diletakkan…
  • Siapa kata MAS tak laku bila Air Asia meletakkan tambang pada harga yang murah? Pastinya ramai juga menggunakan MAS seperti saya sendiri selaku usahawan
  • Siapa kata ice-cream Haagn Dazs yang harga RM10 satu scoop tak laku kerana boleh dapat icecream Walls kat kedai RM10 satu balang? Haagn Dazs tetap laku kerana ramai yang inginkan ice cream premium
  • Siapa kata Mercedes, BMW, Ferrari tak laku sebab ada banyak lagi kereta-kereta murah di pasaran? Sudah tentu ramai juga pembeli kereta-kereta mewah ini…
Dalam perniagaan, kita tidak semestinya mula pada harga rendah. Terutama usahawan-usahawan tempatan suka sangat meletakkan harga murah kerana “segan” harga tinggi atau “takut nanti apa orang kata” atau mungkin sikap rendah diri tidak berapa yakin dengan produk dan perkhidmatan sendiri ianya boleh diletakkan pada harga tinggi.
Teringat tahun 2005 saya mulakan Workshop Jutawan Internet pada harga RM560… masa tu pun ramai dah kata harga tinggi.Makin lama, makin naik harga sehingga kini mencecah RM940.Masih ada yang kata harga tinggi. Tetapi pokoknya (bukan pokok untuk ditebang), sehingga kini setiap kali pasti dipenuhi peserta untuk Workshop Jutawan Internet!
Sekali lagi perlu ingat… Tak kira berapa harga anda… pasti ada orang membeli! Anda hanya perlu sasarkan golongan yang tepat untuk perniagaan anda ;)
*****
Posting saya kali ini, *mungkin* menyebabkan ada yang rasa kurang selesa sedikit sebab saya nak sebut tentang meletakkan harga. Bukan harga biasa je, tetapi harga yang tinggi…
Sebab kita rasa “tak selesa” tu, sebab itulah juga kita patut buang perasaan ini jauh-jauh. Bila sebut tentang harga, rata-rata masyarakat kita mula jadi pemalu macam P.Ramlee nak mengorat dalam film :)
Contoh, bila kita tanya: “Berapa harga perkhidmatan u ni?”
Jawapan biasa kita dengar: “Alah… biasa-biasa je… bab letak-letak harga ni i tak pandai. u la bagi tau berapa. I terima je…”
Bila ciptakan produk, tak tau nak letak harga, tanya kawan-kawan… kebanyakan kawan-kawan akan suruh letak harga rendah. Kita pun, letak lah harga rendah sebab “segan” nanti apa pula orang kata letak harga tinggi…
Aik? Kita yang jalankan perniagaan, orang lain yang letakkan harga? Hebat ni :)
Sounds familiar?
Pendapat saya, banyak- terlalu banyak produk atau perkhidmatan orang-orang Malaysia diletakkan pada harga rendah. In other words, underpriced! Letak harga rendah kerana kualiti kurang, tak mengapa… tetapi, good quality product/services, diletakkan pada harga rendah is not good.
  • Anda perlu tahu bahawa, harga menentukan profit margin. Keuntungan “satu” jualan sahaja anda perlu tahu bukan dikira untuk keuntungan jangka pendek. Tetapi, keuntungan hari ini adalah untuk kembangkan lagi perniagaan. Kalau harga rendah, profit rendah, bagaimana hendak kembangkan perniagaan esok?
  • Sekiranya produk anda kualiti hebat, tetapi anda letak pada harga rendah. Dan produk pesaing anda kualiti yang kurang hebat sikit (tetapi bagus) meletakkan harga lebih tinggi dari anda. Agak-agaknya perniagaan mana yang akan berkembang lebih maju dan jadi lebih hebat? Pada pendapat saya perniagaan pesaing anda!
  • Ramai juga berfikir, jalan untuk bersaing dengan pesaing adalah dengan merendahkan harga. Compete pada harga. Bagi saya, strategi inilah antara strategi yang tidak berkesan. Ada banyak lagi cara untuk bersaing.Seperti, tambahkan kualiti bagi jauh lagi hebat, dan naikkan harga untuk menampung penambahan kualiti :)
Sebab-sebab perniagaan kita “takut” pada letak harga tinggi ini lah  banyak perniagaan kecil-kecilan terutamanya orang Malaysia, tidak ke mana. Hanya di satu tahap sahaja dan tidak berkembang. Sebagai bukti, apa sangat produk atau jenama Malaysia yang keluar ke luar negara? Tidak banyak… yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa adalah yang berharga tinggi oleh kerana mempunyai “kuasa” keuntungan lebih untuk mengembangkan perniagaan.
*Take note. Post saya ini bukan mengatakan untuk anda letakkan harga tinggi melambung pada produk yang berkualiti rendah. Tetapi, letak harga tinggi pada produk yang bernilai tinggi. Jangan “underprice” produk dan perkhidmatan anda. Yakin tentang kualiti produk atau hasil kerja anda, dan letakkan harga sebaiknya.
Dan kalau orang tanya “Apsal mahal sangat produk ni?” anda jawab… IK yang suruh! ;)
Beri kualiti perniagaan yang tinggi pada harga yang tinggi- dan lihat perniagaan anda berkembang dengan pesat!

5 comments:

  1. Adakah anda mengalami masalah kewangan atau anda mahu memenuhi impian anda dengan dana?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk membayar bil anda, Mula atau mengembangkan perniagaan anda?
    Adakah anda mengalami kesukaran untuk mendapatkan pinjaman daripada Pemberi Pinjaman atau Bank yang keras kerana bayaran / syarat pinjaman yang tinggi?
    Adakah anda memerlukan pinjaman untuk alasan yang sah?
    Kemudian bimbang kami telah datang untuk menawarkan pinjaman kepada pemohon yang berminat di dalam dan di luar negara tidak kira jantina atau lokasi tetapi usia mesti 18 tahun ke atas.
    Mendapatkan kembali kepada kami untuk rundingan mengenai jumlah yang anda perlukan akan menjadi keputusan bijak.
    JENIS PINJAMAN KAMI
    Pinjaman ini diwujudkan untuk membantu pelanggan kami secara kewangan, dengan tujuan untuk mengurangkan beban kewangan. Apa pun sebabnya, pelanggan boleh mencari pelan pinjaman yang sesuai dari syarikat kami yang memenuhi keperluan kewangan.

    Data pemohon:
    1) Nama Penuh:
    2) Negara
    3) Alamat:
    4) Seks:
    5) Kerja:
    6) Nombor telefon:
    7) Kedudukan semasa di tempat kerja:
    8 Pendapatan bulanan:
    9) Jumlah pinjaman yang diperlukan:
    10) Tempoh pinjaman:
    11) Adakah anda memohon sebelum:
    12) Tarikh Lahir:
    Hubungi syarikat pinjaman Gloria S melalui e-mel:
    {gloriasloancompany@gmail.com} atau
    WhatsApp Nombor: +1 (815) 427-9002
    Selamat sejahtera

    ReplyDelete
  2. Hai semuanya, Nama saya Angga Annisa dan saya berbicara sebagai orang yang paling bahagia di seluruh dunia hari ini sebelum sekarang saya secara finansial dipukul tanpa harapan akan bantuan apa pun, tetapi ceritanya akan segera berubah ketika saya bertemu dengan Ibu. Saya sangat senang untuk mengatakan keluarga saya kembali untuk selamanya karena saya membutuhkan pinjaman sebesar Rp.700juta untuk memulai hidup saya di sekitar karena profesi saya karena saya seorang ibu tunggal dengan 3 anak dan seluruh dunia tampak seperti itu tergantung pada saya sampai Tuhan mengirim saya kepada sebuah perusahaan yang mengubah hidup saya dan keluarga saya, perusahaan yang takut akan Tuhan, ISKANDAR LENDERS, mereka adalah Juruselamat Tuhan yang dikirim untuk menyelamatkan keluarga saya dan pada awalnya saya pikir itu tidak akan mungkin sampai saya mendapat pinjaman sebesar Rp.700 juta dan saya akan menyarankan siapa pun yang benar-benar membutuhkan pinjaman untuk menghubungi Bunda Iskandar melalui email. [iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com] karena ini adalah pemberi pinjaman yang paling memahami dan baik

    Contact Details:

    e_mail Address:iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com>>>>
    WhatsApp:::+6282274045059
    Company::Iskandar Lenders"""""
    Loan Amount:::Rp.700juta
    Name:::::Angga Annisa
    Country::::Indonesia
    Occupation:Trader
    Year:April,2020

    Jumlah minimum>>>>>>Rp.100 juta
    Jumlah maksimum>>>>>Rp.100 miliar

    ReplyDelete

Blog Archive