Jun 29, 2012

Motivasi




Assalam GFC.
Lain sikit tajuk kita hari ni.. post ni ekoran bulan June kak sue yang banyak halangan. One after another.. memang susah nak citer kalau musibah dtg bertimpa-timpa. Test dari Allah untuk Kak Sue , maybe bulan ujian kot. Sebab mungkin agak lama tak amik test kot.. 

Dalam hal peribadi dan bisnes juga, kita akan sentiasa diuji .. terpulang kepada kita bagaimana untuk menanganinya. Kalau you all rasa down sangat - 1st berdoa kepada Allah, buat solat2 sperti solat hajat. Baca Yassin. 

Selepas kita dah calm.. cuba sedaya upaya menyelesaikan problem , satu persatu..pecahkan mengikut priority. Buat sehabis baik yg mungkin.

Seterusnya, tawakal & bergantung harap pada Allah sahaja. Niatkan, biarlah Allah tentukan mana yg baik untuk kita. Kalau ianya tak seperti yang kita harapkan..yakinlah, Allah maha mengetahui apa yg lebih baik untuk kita. Then, kita akan tenang. 

Kak sue nak kongsikan juga tips dari mentor hebat ni.. baca ye, semoga memberi manfaat.

https://www.facebook.com/fadzilahkamsah
Tips dari Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah 
CARA RAWAT SAKIT ROHANI
  1. Jaga solat 5 waktu
  2. Solat taubat & istighfar 70x sehari
  3. Qada' solat yang tertinggal
  4. Baca Quran
  5. Maafkan orang & mohon maaf
  6. Cari Ilmu berterusan & cari guru yg mursyid
  7. Berkawan dengan org2 +ve
  8. Sedekah kepada yang memerlukan.
  9. Beri binatang makan
  10. Beri khidmat kpd yang perlu bantuan
  11. Cuci pinggan, tandas dsbnya
  12. Kekalkan wudu'
  13. Puasa sunat.
  14. Sentiasa ingat mati.
  15. Hidupkan sunnah harian.
  16. Seru ke arah kebaikan.
  17. Tunaikan hj n umrah.
Mari kita amalkan agar rohani kita sihat & kita selamat dunia & akhirat. Wassalam.

Credit to DHMFK


No comments:

Post a Comment

Blog Archive